BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 13, 2012

DOA BERTEMU JODOH..

this is 4 girls only

kt cni sy nk kongsikan 1 doa buat gadis2 di luar sne..:)



doa SAYYID QUTUB..

beliau mengamalkan doa ini..
insyaALLAH kalau kita menginginkan jodoh yg soleh/solehah
kite juga kne jdi soleh/solehah..
sprt yg ade dlm kitab yg mulia iaitu AL-QURAN..
iaitu perempuan yg jahat untuk laki yg jahat dan perempuan yg baik untuk lelaki yg baik..
INSYAALLAH moga kite tergolong dlm hamba ALLAH yg soleh/solehah..
amin..~





doa SAYYID QUTUB..

Bismilahirahmanirahim
ya Allah ,
jika aku jatuh cinta ,
labuhkan cintaku pada dia yang melabuhkan cintanya padaMu
supaya cintaku padaMu semakin bertambah 
ya Muhaimin ,
jika aku jatuh cinta ,
pelihara cintaku supaya tidak melebihi cintaku padaMu
ya Allah ,
jika aku jatuh hati
izinkan aku menyentuh hati dia yang hatinya terpaut padaMu
ya Tuhanku ,
jika aku jatuh hati ,
peliharalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu
ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukan aku pada insan yang merindui syahid di jalanMu
dan pelihara rinduku supaya tidak lalai dari merindui syurgaMu
Ya Allah ,
jika aku sedang menikmati cinta hambaMu ,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan munajat di sepertiga
malamMu ,
Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada hambaMu ,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu , 
ya Allah ,
jika Kau halalkan aku merindui hambaMu ,
jangan Kau biarkan aku melampaui batas ,
sehingga terlupa cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
ya Allah ,
Kau tahu semua hati ini telah berhimpun dalam cinta kepadaMu ,
bertemu dalam ketaatan terhadapMu ,
bersatu kerana dakwah padaMu ,
berpadu dalam membina syariatMu
kukuhkanlah ikatanya ya Allah ,
kekalkanlah cintanya
tunjukan semua jalan
penuhi semua hati ini dengan cahayaMu yang tak pernah malap
lapangkan dadaku dengan limpahan keimanan kepadaMu
dan keindahan tawakal di jalanMu
amin ya Rabbal Alamin ~

1 2000 orang like:

Riz said...

Nice Post,, I like this...
Salam kenal ya.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...